Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka akan kemukakan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara terhadap dua adik-beradik kanak-kanak berusia tujuh tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya, Jumaat lepas.<br />Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri, Datuk Latipah Omar berkata permohonan itu akan dibuat pada Isnin bagi memastikan kebajikan dua beradik tersebut terpelihara.